RSS

CIKGU JR MENULIS



الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Suatu ketika di akhir tahun 2011 Cikgu JR menerima khabar bahawa permohonan Cikgu JR tidak diluluskan. Lalu pada ketika itu Cikgu JR menulis surat rayuan semakan semula sepertimana yang kebiasaannya dilakukan oleh cikgu-cikgu lain, cikgu-cikgu di mana sahaja bertugas lakukan. Namun atas semua itu Cikgu JR Cuma bertawakkal kepada Allah.

Cikgu JR menaiki tangga pejabat, bertemu pegawai yang berkenaan dengan  Tawakkal. Tiada alas an yang hebat ketika menulis surat memohon semakan semula. Namun Cikgu JR Cuma menulis bahawa sanggup ke Lahad Datu.

Setelah selesai, ketika hujan di Kota Kinabalu di waktu Cikgu JR melayari internet. Cikgu JR cuba menghubungi seorang pakcik yang bertugas sebagai pegawai bertanyakan jika Cikgu JR dan isteri diterima di Lahad Datu walaupun Cikgu JR sememangnya berasal dari sana. Lalu disebutlah nama-nama sekolah untuk cikgu JR pilih antaranya SK Pekan, SK Binuang, SK Silabukan. Namun Cikgu JR tolak semua itu. Cikgu JR sudah biasa mengajar sekolah di dalam kampong. Lalu disebutlah SK Sabah Cocoa. Cikgu JR setuju.

Hampir dua minggu setelah surat rayuan dihantar. Akhirnya keputusan diterima dan Cikgu JR Berjaya. Cikgu JR ditempatkan di SK Sabah Cocoa.

Ketika mana mencari sekolah, Cikgu JR hanya berjalan mencari dan bertanya jalan terdekat. SubhanAllah jalannya memasuki lading sawit. Jalan berlapis simen dan sedikit Gravel. Jalan masuk bertanah merah. Namun itu bukan masalah. Cikgu JR tetap mahu bertugas di situ. Hanya kerana Guru Besar dan guru-gurunya hebat.

2011 bermulalah Cikgu JR bertugas di SK Sabah Cocoa. Sekolah Kurang Murid di pedalaman Lahad Datu. Suatu pengalaman menarik. Ujian-ujian Allah kepada hamba-hamba Nya setakat mana kesabaran. Berbagai rintangan  kereta tersangkut, jalan licin, banjir, kereta rosak, jalan memasuki lading untuk mencari jalan keluar. Suatu keindahan bersama rakan-rakan.

Terima kasih dan berjutaan penghargaan

Pn. Guru Besar, Pn. Suzyline Raymond @ Nur’ain kerana memberikan peluang kepada Cikgu JR berkhidmat di bawah cikgu walaupun cikgu JR bukanlah seorang guru yang hebat. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada cikgu JR dengan jawatan-jawatan yang diamanahkan walaupun kebanyakkannya tidak dapat dijalankan. Terima kasih kerana sering memasakkan kuih yang cikgu JR suka cikgu masak.

                Terima kasih kerana sering bimbangkan kami termasuk Cikgu JR. Terima kasih kerana menghantar Cikgu JR berkursus. Terima kasih di atas segala teguran cikgu kepada cikgu JR. Kata orang bila ketua jabatan seorang wanita maka susah untuk bekerjasama. Ternyata itu tidak benar. Dan bukan semua manusia begitu. Cikgu adalah ketua wanita yang pertama selama mana cikgu JR berkhidmat. Cikgu seorang ketua jabatan yang hebat. Sering bersama guru-gurunya tanpa membezakan pangkat dan tugas. Cikgu duduk bersama guru-guru dikantin. Cikgu bercerita sepertimana biasa sahabat-sahabat bercerita.

                Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan cikgu. Mudah-mudahan di suatu ketika kelak cikgu akan diberikan segala hajat-hajat cikgu atas kebaikan cikgu.

Cikgu Hasan Nordin ( kini di Tawau), Cikgu Herman Yan (Kini di Ranau) dan Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Hanif Amir Beek yang kesemuanya penolong kanan ketika cikgu JR melapor diri. Anda semua insan-insan hebat. Terima kasih di atas segala kebaikan, bantuan, teguran dan kepercayaan kepada cikgu JR yang tidak punyai kehebatan.

Cikgu AB Akmad Jamaah (kini PK 1), Cikgu Jabar Lahero (Kini PK HEM sebelumnya PK Kokum) anda insan hebat. Terima kasih kerana sering mendengar tazkiroh Cikgu JR walaupun cikgu JR bukan ahli agama. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan keda cikgu JR. Terima kasih sanggup berhadapan dengan karenah cikgu JR yang berbagai-bagai.

Cikgu Alfride Lee (buat pertama kali cikgu JR jumpa guru yang banyak idea dari susun kata, pembinaan aktiviti, perjalanan aktiviti malah cikgu JR buat pertama kali bertemu guru yang boleh mencipta lagu dengan hanya berdiam diri seketika). Terima kasih kerana membenarkan cikgu JR bermain angklung yang pertama kali cikgu JR main dan pegang.

Cikgu Liana Rajan, Cikgu Roziah Bayah, Cikgu Noraini Ag. Adi, Cikgu Afiqah Noh (walaupun hanya setahun bersama), cikgu Fauziah Soloji, al-Fadhil Al-ustaz  Faiez Ali Rahman. Anda semua guru-guru hebat, cekap dan tangkas. Bagi Cikgu JR tiada yang pernah cikgu JR pernah bertemu guru sehebat anda. Terima kasih atas semua pertolongan anda ketika cikgu JR menjadi penyelaras hari guru tahun 2013.

Terima kasih semua kerana sanggup menerima cikgu JR dengan seadanya. Sanggup ketawa bersama cikgu JR. Terima kasih di atas segalanya. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan anda semua. Semoga Allah akan menaungi anda semua dengan Rohmah Nya dengan Kasih Sayang Nya.

Cikgu JR mohon ampun dan maaf di atas segala apa yang keluar dari LISAN cikgu JR, FI’IL cikgu JR samada yang anda semua sedar atau tidak, samada cikgu JR sendiri sedar atau tidak, samada Cikgu JR sengaja atau tidak. Ampunkan cikgu JR, maafkan Cikgu JR. Demi Allah anda semua tidak ada apa-apa salah terhadap cikgu JR akan tetapi Cikgu JR lah yang sering melakukan kesalahan yang jelas.

Terima kasih juga buat Jimmy Limpitiu dan En. Roslan yang membuatkan gaji cikgu JR setiap bulan. Anda memang hebat.

Walaupun pada hakikatnya Cikgu JR masih mahu bertugas bersama-sama anda semua, Cikgu JR sayangkan anda semua, Cikgu JR Sayangkan SK Sabah Cocoa, terasa berat sebenarnya menerima hakikat bahawa ini akhirnya pada 12 Januari 2015, namun cikgu JR terpaksa kerana cikgu JR tidak punya pilihan lain. Maka cikgu JR mengambil keputusan untuk ke Keningau. Namun kita tetap bersama.

Kepada guru yang menggantikan cikgu JR, mohon ampun dan maaf kerana apa yang cikgu JR tinggalkan tidak tersusun. Namun cikgu JR Cuma memohon agar Allah akan memberi kebaikan kepada anda.

Terima kasih semua.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tetamu Kami


IP Anda