الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Suatu ketika
di akhir tahun 2011 Cikgu JR menerima khabar bahawa permohonan Cikgu JR tidak
diluluskan. Lalu pada ketika itu Cikgu JR menulis surat rayuan semakan semula
sepertimana yang kebiasaannya dilakukan oleh cikgu-cikgu lain, cikgu-cikgu di
mana sahaja bertugas lakukan. Namun atas semua itu Cikgu JR Cuma bertawakkal
kepada Allah.
Cikgu JR
menaiki tangga pejabat, bertemu pegawai yang berkenaan dengan Tawakkal. Tiada alas an yang hebat ketika
menulis surat memohon semakan semula. Namun Cikgu JR Cuma menulis bahawa
sanggup ke Lahad Datu.
Setelah
selesai, ketika hujan di Kota Kinabalu di waktu Cikgu JR melayari internet.
Cikgu JR cuba menghubungi seorang pakcik yang bertugas sebagai pegawai
bertanyakan jika Cikgu JR dan isteri diterima di Lahad Datu walaupun Cikgu JR
sememangnya berasal dari sana. Lalu disebutlah nama-nama sekolah untuk cikgu JR
pilih antaranya SK Pekan, SK Binuang, SK Silabukan. Namun Cikgu JR tolak semua
itu. Cikgu JR sudah biasa mengajar sekolah di dalam kampong. Lalu disebutlah SK
Sabah Cocoa. Cikgu JR setuju.
Hampir dua
minggu setelah surat rayuan dihantar. Akhirnya keputusan diterima dan Cikgu JR Berjaya.
Cikgu JR ditempatkan di SK Sabah Cocoa.
Ketika mana
mencari sekolah, Cikgu JR hanya berjalan mencari dan bertanya jalan terdekat.
SubhanAllah jalannya memasuki lading sawit. Jalan berlapis simen dan sedikit
Gravel. Jalan masuk bertanah merah. Namun itu bukan masalah. Cikgu JR tetap
mahu bertugas di situ. Hanya kerana Guru Besar dan guru-gurunya hebat.
2011
bermulalah Cikgu JR bertugas di SK Sabah Cocoa. Sekolah Kurang Murid di
pedalaman Lahad Datu. Suatu pengalaman menarik. Ujian-ujian Allah kepada
hamba-hamba Nya setakat mana kesabaran. Berbagai rintangan kereta tersangkut, jalan licin, banjir,
kereta rosak, jalan memasuki lading untuk mencari jalan keluar. Suatu keindahan
bersama rakan-rakan.
Terima kasih
dan berjutaan penghargaan
Pn. Guru Besar, Pn. Suzyline Raymond
@ Nur’ain kerana memberikan peluang kepada Cikgu JR berkhidmat di bawah cikgu
walaupun cikgu JR bukanlah seorang guru yang hebat. Terima kasih kerana
memberikan kepercayaan kepada cikgu JR dengan jawatan-jawatan yang diamanahkan
walaupun kebanyakkannya tidak dapat dijalankan. Terima kasih kerana sering
memasakkan kuih yang cikgu JR suka cikgu masak.
Terima kasih kerana sering
bimbangkan kami termasuk Cikgu JR. Terima kasih kerana menghantar Cikgu JR
berkursus. Terima kasih di atas segala teguran cikgu kepada cikgu JR. Kata
orang bila ketua jabatan seorang wanita maka susah untuk bekerjasama. Ternyata
itu tidak benar. Dan bukan semua manusia begitu. Cikgu adalah ketua wanita yang
pertama selama mana cikgu JR berkhidmat. Cikgu seorang ketua jabatan yang hebat.
Sering bersama guru-gurunya tanpa membezakan pangkat dan tugas. Cikgu duduk
bersama guru-guru dikantin. Cikgu bercerita sepertimana biasa sahabat-sahabat
bercerita.
Hanya Allah saja yang dapat
membalas kebaikan cikgu. Mudah-mudahan di suatu ketika kelak cikgu akan
diberikan segala hajat-hajat cikgu atas kebaikan cikgu.
Cikgu Hasan Nordin ( kini di Tawau),
Cikgu Herman Yan (Kini di Ranau) dan Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Hanif Amir Beek
yang kesemuanya penolong kanan ketika cikgu JR melapor diri. Anda semua
insan-insan hebat. Terima kasih di atas segala kebaikan, bantuan, teguran dan
kepercayaan kepada cikgu JR yang tidak punyai kehebatan.
Cikgu AB Akmad Jamaah (kini PK 1),
Cikgu Jabar Lahero (Kini PK HEM sebelumnya PK Kokum) anda insan hebat. Terima
kasih kerana sering mendengar tazkiroh Cikgu JR walaupun cikgu JR bukan ahli
agama. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan keda cikgu JR. Terima kasih
sanggup berhadapan dengan karenah cikgu JR yang berbagai-bagai.
Cikgu Alfride Lee (buat pertama kali
cikgu JR jumpa guru yang banyak idea dari susun kata, pembinaan aktiviti,
perjalanan aktiviti malah cikgu JR buat pertama kali bertemu guru yang boleh
mencipta lagu dengan hanya berdiam diri seketika). Terima kasih kerana
membenarkan cikgu JR bermain angklung yang pertama kali cikgu JR main dan
pegang.
Cikgu Liana Rajan, Cikgu Roziah
Bayah, Cikgu Noraini Ag. Adi, Cikgu Afiqah Noh (walaupun hanya setahun
bersama), cikgu Fauziah Soloji, al-Fadhil Al-ustaz Faiez Ali Rahman. Anda semua guru-guru hebat,
cekap dan tangkas. Bagi Cikgu JR tiada yang pernah cikgu JR pernah bertemu guru
sehebat anda. Terima kasih atas semua pertolongan anda ketika cikgu JR menjadi
penyelaras hari guru tahun 2013.
Terima kasih semua kerana sanggup
menerima cikgu JR dengan seadanya. Sanggup ketawa bersama cikgu JR. Terima
kasih di atas segalanya. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan
anda semua. Semoga Allah akan menaungi anda semua dengan Rohmah Nya dengan
Kasih Sayang Nya.
Cikgu JR mohon ampun dan maaf di atas
segala apa yang keluar dari LISAN cikgu JR, FI’IL cikgu JR samada yang anda
semua sedar atau tidak, samada cikgu JR sendiri sedar atau tidak, samada Cikgu
JR sengaja atau tidak. Ampunkan cikgu JR, maafkan Cikgu JR. Demi Allah anda
semua tidak ada apa-apa salah terhadap cikgu JR akan tetapi Cikgu JR lah yang
sering melakukan kesalahan yang jelas.
Terima kasih juga buat Jimmy Limpitiu dan En. Roslan yang membuatkan gaji cikgu JR setiap bulan. Anda memang hebat.
Walaupun pada hakikatnya Cikgu JR
masih mahu bertugas bersama-sama anda semua, Cikgu JR sayangkan anda semua,
Cikgu JR Sayangkan SK Sabah Cocoa, terasa berat sebenarnya menerima hakikat
bahawa ini akhirnya pada 12 Januari 2015, namun cikgu JR terpaksa kerana cikgu
JR tidak punya pilihan lain. Maka cikgu JR mengambil keputusan untuk ke
Keningau. Namun kita tetap bersama.
Kepada guru yang menggantikan cikgu
JR, mohon ampun dan maaf kerana apa yang cikgu JR tinggalkan tidak tersusun.
Namun cikgu JR Cuma memohon agar Allah akan memberi kebaikan kepada anda.
Terima kasih semua.